cinta itu universal ♡




Ini bukan novel cinta!
Ya ini bukan novel, ini adalah DIARI CINTA AZIE 2015!

CINTA merupakan anugerah yng tidak ternilai harganya! Cinta tidak dapat diungkapkan dgn kata2, tidak dapat diertikan dgn bahasa.. cinta hanya mampu dibaca dgn bahasa cinta dan perasaan serta perbuatan... ♡♡♡

Di sini diabadikan cinta terhadap KERJAYA, DIRI SENDIRI, FAMILY & PASANGAN utk tahun 2015! Lebih kepada perjalanan cinta terhadap apa yang seronok kita lakukan ^_^

Hahaha.. jiwang azie pagi2 ni.. tapi percayalah tanpa cinta hidup tidak akan bermakna! Cinta TUHAN, RASUL, KERJAYA DAN SESAMA MAKHLUK! cinta itu universal ♡

memang sudah menjadi teman karib, kebiasaan dan kewajipan azie memiliki buku dan pen ke mana sahaja azie pergi.. jika anda angkat handbag azie, pastinya ramai yang pelik dan terkejut azie mengusung pelbagai barangan di dalam beg terutama buku dan pen. mak azie selalu cakap, apa la barang yang bawak tu sampai berat handbag.. hahaha.. kadang sampai 2 3 buah buku, 4 5 batang pen dalam 1 beg..

azie bukan penulis tegar, bukan penulis yang berkarya tapi azie seorang yang mudah lupa.. kikiki.. apa sahaja mesti nak tulis sebagai reminder! kadang luahan hati, planning setiap hari, kadang yang paling rare sekadang contengan di kala boring.. ♡ paling rare n rare lagi, sekadar membaca semula yang yang telah ditulis.. kahkahkah




PLANNER ni tampak kebudak-budakkan kan? macam remaja baru nak up yang sedang mengulit cinta dalam kehidupan utama.. tapi sebab keunikannya ia menjadi pilihan azie.. comel dan terasa sentiasa muda remaja! masa muda remaja semua apa yang dilakukan mempunyai aura semangat yang luar biasa! begitulah azie fikirkan untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar CINTA DALAM KEHIDUPAN! bukan sekadar cinta pada pasangan tetapi lebih menyeluruh dalam aspek kehidupan hakiki!

Selamat pagi Khamis nan indah! Adakah kita sudah pupuk perasaan cinta terhadap kerjaya sekarang??? Jika ya, pastinya kita akan perjuangkannya kan? Happy working!!!






NOTA TANGAN : Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan dalam segala aspek





No comments:

Post a Comment