misi bantuan kemanusiaan buat keluarga



Negara kita digemparkan dengan musibah banjir yang luar biasa di pantai timur baru-baru ini! 

jika sebut pantai timur pastinya negeri kelantan adalah yang utama! KELANTAN negeri kelahiran dan tumbesaran en somi! jika sebelum ini sebut tentang banjir, its nothing untuk azie sebab selama 28 hidup di bumi Allah ini azie belum pernah merasai keadaan banjir.. nauzubillahiminzalik! moga dijauhkan dari azie dan keluarga azie! sebelum ini hanya lihat di tv sahaja keadaan banjir bagaimana.. tidak pernah menyelami perasaan mereka.

tapi kini keadaan berubah apabila azie dipertemukan jodoh dengan en somi.. banjir bagi mereka sudah menjadi kebiasaan.. sehingga disebut pesta air setiap tahun dan ditunggu-tunggu oleh mereka.

tapi tapi untuk tahun ini, mereka diuji dengan ujian yang maha hebat! pesta air berubah menjadi musibah yang paling ditakuti. rumah en somi yang berada di tempat tinggi dan menjadi pusat pengumpulan saudara mara untuk letak barang-barang juga telah dilauti air banjir sehingga mak mertua, adik-adik dan anak buah terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara!

jika rumah mertua dinaiki air, apatah lagi rumah nenek, pakcik makcik dan sepupu sepapat yang di kawasan rendah.. mengikut pemahaman azie rumah mereka semua tenggelam air paras bumbung.. ada yang tidak nampak bumbung langsung semasa air sedang naik! Allahuakhbar! 100% family di kampung tinggal di pusat pemindahan! sesuatu yang tidak tercapai oleh akal! berpuluh tahun ni tinggal di situ, ini banjir paling dahsyat bagi mereka! air naik begitu cepat! masa itu kata mereka hanya fikir untuk selamatkan nyawa! Allahhhh.. tak dapat bayangkan keadaan kalut dan perasaan mereka time tu.. sungguh!

bagi en somi dan sedara mara di kl, mereka juga risau dengan keadaan luar biasa di kampung.. risau akan keselamatan serta perasaan meraka! sejak mengetahui keadaan mereka di kampung, en somi ni boleh dikatakan macam kucing nak beranak.. tak senang duduk, makan xlalu, tidur tak lena memikirkan keadaan mereka! apa sahaja yang dilakukan pasti teringat di kampung.. sehingga 1 tahap, KAMI TEMPOH BERTENANG (tak keluar rumah, tak makan sedap-sedap, batalkan percutian ke langkawi dan tak buat apa2 selain memikirkan keadaan dan cara nak balik kampung dgn kadar segera) tetapi keadaan sungguh tak mengizinkan untuk kami pulang atas sebab jalan runtuh dan kawasan dipenuhi air.. takut terkandas di mana2 dan kami tidak dapat berbuat apa2 untuk membantu mereka! 

sumpah! keadaan kami juga amat getir bila mana kami mengetahui keadaan mereka di sana dengan kelaparan, kesejukan, dan kesusahan tiada kemudahan. ya menitik juga air mata bila memikirkannya! 

sehinggalah pada suatu ketika, sepupu encik somi yang bekerja sebagai pemandu lori menghantar bekalan makanan ke kampung tersebut! sampai je di sana, sepupu kol kata jalan boleh lalu, dan on the spot encik somi di pejabat n azie juga di pejabat terus balik bersiap untuk terus balik kampung!

disebabkan 1st time mahu merasai pengalaman itu, perasaan azie sangat berdebar, risau, takut, tak sabar , teruja dan yang pasti ingat pesan en somi > bersedia mental fizikal, hati dan perasaan! jika sebelum ini balik kampung dengan perasaan seronok dan bawak baju cantik2.. tapi kali ini berbeza sekali.. perasaan bercampur baur! risau azie tak dapat menahan rasa.. baju yang di bawa juga baju talasan (baju buat kerja berat).. misi utama cuma 1, mahu berkhidmat menjalani tanggungjawab terhadap keluarga.. susah sama susah, senang sama senang! inshaAllah.. misi bantuan kemanusiaan terhadap keluarga sendiri! lagi-lagi seluruh keluarga besar ditimpa musibah ini!








azie balik bersama en somi, pakcik makcik dari sabah dan pakcik dari kajang.. 5 orang tapi 2 mpv.. bawak stok bekalan makanan untuk keluarga. dalam perjalanan agak risau tapi lebih berhati-hati! dapat info tentang kerosakan jalan yang teruk serta tumpahan minyak dari mereka yang tak bertanggungjawab! 

alhamdulillah dipermudahkan segala urusan perjalanan sehingga ke kelantan. tetapi kami juga tidak terlepas menceduk sebanyak mungkin pengalaman yang berharga dengan diduga pelbagai rintangan sesampainya di sana!

 sampai di simpang masuk kampung, masih ada air yang menghalang perjalanan kami.. makanya kami redah dulu sebab kami pikir hanya untuk sampai di kampung melihat keadaan keluarga bagaimana. waktu ini air paras lutut yang boleh diredah sahaja.




 tetapi air masih dalam lagi.. katanya melebihi paras kepala! tidak boleh harung air lagi.. so kena naik bot tambang! azie dan makcik dari sabah takut nak naik bot sebab 1st time naik bot macam ni.. tapi gagahkan juga.. merasalah juga naik bot tambang.. kikiki





 en somi dan pakcik naik perahu kayuh.. lagi mencabar! 

 dan selepas menaiki bot, kami jalan kaki sejauh 5km kot.. nak sampai kan ke rumah nenek tu jauhhhh rasanya! dengan bawak beg pakaian dan sedikit makanan.. masa ni rasa nak nangis sangat! kepenatan dan tak tahan! tapi kena kuat! semangat tengok orang lain kuat! makcik kata kita jalan-jalan sambil tengok persekitaran.. baru tak rasa jauh dan penat. en somi kata anggap macam kita tengah bersiar-siar menikmati keindahan alam.. huh psiko! ingat azie! ini hanya cinonet dugaan ok! *hati berbisik (terima kasih hati)

seakan mengerti jeritan hati azie, finally mereka tahan trektar yang lalu untuk ditumpangkan ke destinasi rumah nenek! fuhhh trektar pun trektar la.. janji bukan jalan kaki walaupun terasa dah jauh sangat berjalan kaki tu.. 

hati sudah rasa sedih, kaget, terkelu lidah melihat keadaan dan persekitaran! tapi tapi azie kena kuat! sesungguhnya dengan pulangnya kami ini mahu mengubat sedikit rasa sedih mereka dan mereka perlu tahu kami sentiasa akan bersama mereka di saat susah senang! jika kami balik dalam keadaan menangis, mungkin lagi mengeruhkan keadaan dan menambah kesedihan mereka.. maka kami kuatkan hati dan ukir senyuman di wajah untuk memberi kekuatan buat mereka

ya kami tahu, kami tidak dapat membantu banyak dengan kudrat yang dimiliki jika ingin dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi, tapi cukuplah sekadar kami mahu pulihkan emosi dan sama2 merasai menyelami apa yang mereka rasai.. kami sedar di saat dan waktu beginilah masa paling sesuai untuk kami bersama mereka.. di saat emosi dan perasaan mereka belum boleh terima keadaan dan bersedih.. sekurang-kurangnya kehadiran kami menyuntik sedikit kekuatan buat mereka untuk teruskan perjuangan hidup ini..









subhanallahh!!!
kesan banjir ini tak ubah seperti terkena tsunami di Acheh! tapi tsunami di Acheh memusnahkan harta benda dan nyawa makhluk manusia tapi di sini ia memusnahkan harta benda sahaja! mereka mentafsirkan ini sebagai tsunami kecil



 lihat sahaja jalanraya yang dipenuhi selut itu! selepas gambar selfie ini di rakam, azie dengan en somi mengalami kemalangan di mana motor yang kami naiki hilang kawalan sehingga berpusing.. fuh nasib baik tak patah kaki tangan! tapi lepas jatuh, terus gelak sebab en somi kata azie duduk tak reti diam kat belakang.. azie cakap dia yang bawak motor main2.. sesi salah mempersalahkan pun berlaku!

selepas hari pertama ini, azie sibuk membantu apa yang termampu dari segi kudrat! sepanjang di sana juga, azie lost contact dengan dunia luar! tiada line telefon, line internet, api dan juga air! bayangkan bagaimana melakukan kerja-kerja pembersihan rumah tanpa keperluan asas seperti api dan air??? apa-apa pun semuanya ini adalah pengalaman azie! pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit sekalipun! 

buat mereka yang mengalami musibah ini, anda sangat beruntung! hanya mereka yang hebat mendapat ujian hebat dariNya! percayalah hikmahnya juga sangat hebat bila tiba masanya.. InshaAllah! yang pasti sabar, redha, tabah dan anggaplah ini titik tolak sebuah kehidupan yang lebih baik! aamiin





 NOTA TANGAN : Sesungguhnye kita sebagai manusia memang tak lepas dari segala masalah and dugaan dalam hidup.. Namun dugaan itu akan mematangkan kita & masalah itu akan menjadikan kita lebih hebat dari yang sebelumnya...






No comments:

Post a Comment