realflying aircraft and real simulator flying


 8 tahun hidup bersama *4tahun bercinta, 4 tahun berkahwin, tiap kali wedding anniversary, tiap kali birthday, tiap kali menerima kejayaan pastinya ia akan diraikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan walau sesimple dan sekecil manapun! tapi yang pasti ianya diraikan dengan penuh rasa cinta kasih dan sayang! ya memang setiap haripun kita wajib memberikan rasa itu terhadap pasangan.. tetapi dengan sambutan tarikh tarikh tertentu akan menyemarakkan lagi ikatan itu! kami juga manusia biasa.. ada masa masalah datang, ada masa mood swing, ada masa terlajak kata, ada masa terlanjur perbuatan.. dengan saat hari hari bersejarah inilah kami memulihkan keadaan.. post mortem apa yang berlaku dalam hubungan.. pahatkan moment moment indah bersama untuk diingati sepanjang usia.. moga kami sama-sama saling melengkapi hingga hujung nyawa!

 

 pada 31 Jan 2015 adalah birthday en somi yang ke ehem ehem! 29 tahun ye adik adik, kawan-kawan, mak mak, acik acik! hampir masuk ke 3 series.. muda lagi tu.. :p

 tahun ke 8 kebersamaan kami, azie seakan blur nak sambut bagaimana.. nak kasi hadiah apa.. ha baru tahun ke 8 dah blur.. agak-agak jika tahun yang ke 58 blur tahap apa ek? hahaha.. sejujurnya azie sangat yakin sangat mengenali en somi.. dia tak impikan sesuatu pun dari azie sempena birthday dia.. tapi sebagai seorang isteri azie cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik seperti mana dia dah buat yang terbaik untuk azie.. bukan untuk membalas, tapi lebih kepada tanggungjawab untuk melihat keramat hidup kita gembira sepanjang umur dia.. dia manusia paling dekat dalam hidup azie selain family, pastinya suatu penghargaan yang bermakna hanya untuk dia.. :)

dan dalam blur-blur ntah macam mana timbul idea untuk merealisasikan impian dia selama ini.. impian dan cita-cita dia dari kecil.. cita-cita yang tidak kesampaian dan tidak mungkin kesampaian.. setiap hari pun dia akan main game di tab untuk minat dia tu.. tak dapat jadi pilot, main game simulator pun jadilah... ayat pasrah dia :))) 

1st azie kenal dia, azie tahu itu minat dia.. dating masa kat usm port dia adalah di airport penang.. duduk di tepi airport sambil tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.. azie saksi impian dia itu..

dan pada usia dia genap 29 tahun, azie mahu dia mencapai cita-citanya itu walaupun hanya sekejap.. janji merasa! seboleh azie mahu realisasikan walau sekali dalam seumur hidup.. asal dia gembira dan azie yakin moment itu bakal diingati sampai mati jika segala perancangan azie itu tercapai dengan jayanya..

untuk berbincang dan usulkan perancangan itu dengan dia, pastinya azie yakin dia akan menolak sesungguhnya! sebab utama adalah >>> mahalll, membazir katanya! dia manusia penjimat, lagi-lagi untuk keperluan dia.. dia berhabisan untuk orang lain tak pe.. untuk diri sendiri memang agak susah.. itu dia!

jadi azie niat untuk terus membuat kejutan semasa birthday dia tahun ni! kebetulan birthday dia jatuh pada hari sabtu.. hari cuti.. jadi plan tu sangat ngam dan tepat masanya! untuk buat kejutan pastinya lakonan kena mantap! hahaha

azie : bang happy birthday! terima kasih jadi suami yg hensem n nakal taw.. 
en somi : hahaha
azie : sory bang kali ni takde hadiah taw sebab sayang tak tahu nak kasi apa.. nak kasi superbike tak mampu lak!
en somi : ala tak pe la
azie : bang arini kita p subang skypark sait.. nak p jumpa kawan.. COD barang *tipu sunat
en somi : ok je

macam biasa.. dia manusia mudah baso! tak pernah membantah tak pernah menolak.. selagi dia tahu azie di jalan yang benar dia adalah orang paling utama yang menjadi penyokong tegar! dan untuk planning kejutan azie tu pastinya mudah dan senang tanpa dihidu sekelumit pun.. hihihi

sesampainya kami di terminal subang skypark tu, azie terus contact pilot yang telah aturkan dari awal lagi pertemuan itu.. en somi terpinga-pinga 1st azie panggil pilot tu kapten.. mesti dalam fikiran dia eh bila masa lak bini aku ni kawan dengan pilot.. hahaha

selepas berkenalan, dia bawa kami ke tempat simulator.. masa tu azie tengok en somi dah senyum simpul! then dia bisik kat azie, "ooo sayang suprise abg untuk main real simulator ek? terima kasih sayang"

azie senyum tanpa kata apa-apa! biar dia sendiri menjawab soalan dia sendiri. :) dia tak tahu ada yang lebih hebat dari tu! kikiki

 


 

 

 
  

 dalam masa 45 minit ke 1 jam dia main simulator tu.. tamat untuk sesi simulator, pilot panggil kami untuk sesi briefing sebelum real flying! haaa time ni dia lagi nampak sangat teruja! "sayang kita nak naik kapal terbang ke? serius ni???" azie gelak tanpa berkata lagi.. masa briefing semua peraturan dan cara, gaya telah diexplain oleh pilot..azie cuma berharap kami semua selamat dengan jayanya! giler tak seram bila en somi yang bakal bawak aircraft tu! dengan briefing tentang angin, cuaca, ketinggian, perjalanan, perkara bakal terjadi semasa di atas udara nanti.. fuh fuh fuh! time ni baru azie rasa seriau.. baru fikir macam-macam! hahaha.. tapi redah je la selagi keyakinan dan percaya pada takdir Allah tu menebal dalam diri, tiada apa yang perlu ditakutkan! 

azie hanya berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar terutama masa mula-mula azie deal dengan pilot, dia kata relflying bergantung pada cuaca.. jika rezeki cuaca baik perjalanan mudah.. tapi jika bukan rezeki cuaca tak elok, realflying terpaksa ditunggu, ditunda atau dibatalkan.. jika ia ditunda pastinya bukan suprise bagi dia.. azie bermohon agar ianya berjalan dengan lancar dengan jayanya!


 

 dan alhamdulillah! niat baik Tuhan sentiasa permudahkan jalannya! pilot maklumkan cuaca sangat baik dan sangat sesuai untuk fly! alhamdulillah!

 selepas semua bersedia, kami di bawa oleh pilot ke terminal perlepasan.. siap ada boarding pass bagai! pilot uruskan laporan ke menara kawalan untuk amik turn untuk fly.. katanya kita semua kena ikut turn landasan sebab landasan tu share dengan firefly, airasia, dan lain2 aircraft.. silap langkah boleh bertembung.. makanya perlu details semua! wah gini caranya nak fly.. ish rasa pilot real sangat! ^_^ 






 

 

 azie yakin ini moment moment terindah yang bakal terpahat di hati di minda selama-lamanya, bukan hanya dia.. ianya untuk azie juga! dia punya rasa hanya Tuhan sahaja yang tahu! 1st sebab azie dapat menggembirakan keramat hidup! 2nd azie dapat pengalaman dan ilmu yang selama ini tidak pernah terlintas dalam fikiran! 

seriusly best sangat pilot bercerita tentang pengalamannya tentang dunia pilot.. dia juga bukan calang calang orang! semasa dalam perjalanan ke aircraft tu ada technician yang check aircraft sebelum berlepas.. azie terdengar technician tu panggil pilot tu dato'.. wah! yelakan mayb jugak dia dato'.. kalau tak, susah juga kalau orang biasa yang mempunyai aset helicopter and aircraft persendirian! dan dia bukan pilot penerbangan komersial.. dia adalah pilot club persendirian.. pilot club seperti yang kita tahu bukanlah macam pilot komersial yang kebanyakkan ditaja untuk kursus.. mereka adalah golongan atasan yang minat terhadap dunia penerbangan dan tubuhkan club.. ala contohnya macam club kereta wira semalaysia, club kelisa johor.. haaa macam tu! tapi club dorang ni main juta-juta, golongan atasan la orang kata :)

 indahnya bertemu, berkawan dengan orang-orang hebat! orang macam ni, share ilmu memang gred A+.. tak lokek dengan segala jenis macam ilmu dia berikan.. very humble dan sangat membantu.. Allahuakbar! itu juga suatu pembelajaran untuk kami tentang kehidupan! 


 

 



masa untuk fly! masa ni segala jenis cerita terpaksa distopkan.. sebab bila dah stat naik aircraft kena serius supaya perjalanan lebih smooth! azie memang dah tak bercakap apa kat atas nuh.. zikir je manjang sambil menikmati keindahan kuala lumpur! bila berada di atas udara kebergantungan 200% kita pada Allah! lihat keindahan alam membuatkan kita lebih bersyukur.. melihat seluruh alam, langgar awan-awan kecil, gegaran angin, susanan bangunan.. ada 1 perasaan menyelinap masuk dalam sanubari.. Allahhhh indahnya! nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan! sungguh hati sayu mengenangkan nikmat ini yang Allah buka untuk kami rasainya.. penerbangan kami hanya ketinggian 1500ft iaitu tinggi sikit dari bangunan klcc! maka segala macam jenis yang berada di bawah di lihat dengan jelas dan sangat indah!




 

  

 

 



 

 


sepatut kami turun dengan lebih awal tapi disebabkan ada turn untuk aircraft lain yang mahu mendarat, kami perlu mengambil masa lagi di atas.. best! hahaha.. di atas tu, pilot tidak berhenti membuat isyarat dengan menara kawalan dari stat berlepas, perjalanan kami hingga nak mendarat.. semua jenis kenderaan yang di udara time tu semuanya diketahui untuk perancangan perjalanan.. 

mission acomplished!
alhamdulillah alhamdulillah!!!
bila kami selamat mendarat, terus en somi bisik sesuatu kat azie.. hahaha.. gelak besaq azie dengar.. yang pasti azie puas tengok senyuman dia!

azie merancang, Tuhan juga merancang tapi perancangan Tuhan itu maha tepat dan sungguh indah!

sebenarnya azie hanya booking untuk real simulator flying SAHAJA.. booking dengan pilot lain! lama jugak booking tapi last minit cancel sebab mereka ada event pada tarikh tersebut.. mereka mohon azie tunda pada keesokan harinya.. mana mungkin untuk azie terima.. nama pun suprise on birthday party kan?

kesuntukan masa sudah! tapi azie tetap berusaha survey untuk real simulator flying! then jumpa dengan pilot ni.. seperti yang azie kata tadi, pilot ini seorang yang sangat MEMBERI! dia offer dan beri idea tentang real flying with simulator! 2 in 1.. wahhhh giler best! rezeki orang kata! tak pernah tahu dan terlintas dalam fikiran langsung tentang real flying aircraft ni.. 1st time tahu then terus booking immediately! 

dan rezeki sangat!! masa briefing baru azie tahu yang en somi bakal bawak aircraft tu! azie fikir kami hanya duduk dalam aircraft dan menikmati keindahan alam.. itu pun dah cukup bersyukur dan seronok! tapi tidak! Dia berikan ruang untuk en somi merasai nikmat bawak aircraft tu sendiri.. ya bukan semua orang ada peluang sebegini kan? cita-cita en somi selama 29 tahun ini bakal tercapai dengan realiti! real simulator flYing pun dah dikira sangat real dalam bab penerbangan, inikan pulak memang realflying aircraft! T___T 

ya sume ini perancangan Tuhan! Tuhan juga merancang inikan pula kita sebagai hamba yang perlu merancang setiap perjalanan! Dia permudahkan segalanya, Dia aturkan sebaiknya! Allahuakbar! 

tertunai sudah impian yang tertangguh.. Alhamdulillah



azie berazam sedikit masa lagi azie akan bawak pula family azie untuk merasai semua ni.. moga rezeki azie semakin bertambah untuk azie gembira dan menggembirakan, bahagia dan membahagiakan, berjaya dan menjayakan!
ya! ini juga alasan utama untuk azie bekerja keras dalam kehidupan! melihat ukiran senyuman meniti di bibir mereka membuatkan seluruh alam turut rasa menghiburkan jiwa azie! sungguh tiada lain niat perjuangan ini selain mahu memberi manfaat buat semua!



jemput tonton video





NOTA TANGAN : segalanya boleh beli dengan mudah, tapi pengalaman, kegembiraan dan masa tidak boleh dibeli




No comments:

Post a Comment