tips training


TIP TRAINING TUAN ZAMRI

Apabila saya di minta oleh INSKEN untuk menyampaikan siri syarahan keusahawanan saya menghubungi Puan Guru Ainon Mohd.. Beliau memberikan banyak input. Hari ini sahabat saya Tuan Zamri Mohamad merumus cantik tip tip tersebut.

Pertama, Saiz dewan memberi kesan kepada prestasi trainer. Tentukan jumlah video, aktiviti dan penerangan mestilah berdasarkan keluasan dewan dan jumlah peserta.

Kedua, Engagement, penglibatan seawal training dapat dilakukan dengan bertanyakan kepada para peserta, "Tuan dan Cik Puan, apakah perkara yang mahu dipelajari hari ini?" Tulis, senaraikan dan hormati permintaan mereka. Pada ketika ini kita akan tahu sama ada modul kita fleksible dan dapat diubah mengikut keperluan mereka.

Ketiga, Bersedia di dewan 30 minit sebelum program bagi melihat sama ada dewan training meraikan keperluan kita atau sebaliknya.

Keempat, Sekiranya fizikal kita kurang meyakinkan peserta. Misalnya rendah atau berwajah budak. Mulakan skrip dan foto yang membuang persepsi peserta, "Trainer ini hingusan sahaja." Apakah pencapaian yang paling tinggi industri atau tugas yang membuatkan training kita bernilai didengari mereka. Paparan ringkas pada skrin tanpa perlu bercerita panjang. Show do not tell.

Kelima, Pelanggan dan trainer saling tidak mahu membuang masa tanpa persediaan penganjur. Trainer adalah individu yang berhadapan risiko apabila penganjur tidak mempersiapkan lokasi sekurang-sekurangnya persediaan minima.

Keenam, Jangan diserahkan MC memperkenalkan kita melainkan kita tahu beliau mempunyai bakat. Jika MC memperkenalkan kita secara mendatar, maka mendatarlah permulaan kita.

Ketujuh, Apakah fungsi papan putih, ia mendorong 'tingkah laku meniru' oleh peserta. Sebahagian peserta akan meniru tingkah laku trainer, mereka sama-sama menulis di papan putih.

Kelapan, Naikkan momentum peserta pada peringkat permulaan. Sama ada alat bantu visual, aktiviti dan soalan serta kejutan.

Kesembilan, Menaikkan nilai hormat trainer-peserta melalui pemilihan ayat yang tepat. Misalnya, "Atas kemuliaan, kebijaksanaan dan kelebihan yang ada pada Tuan dan Cik Puan, mohon izin saya memulakan."

Kesepuluh, Perkenalkan model kerja kita seawal program dan aturkan mereka dalam kedudukan yang memudahkan peserta. Misalnya, "Tuan dan Cik Puan, sesi kita ini akan melibatkan kerja berpasangan dan berkumpulan. Boleh saya mohon izin Tuan dan Cik Puan duduk di kedudukan yang memudahkan kita semua?"

Kesebelas, Apabila melibatkan peserta dan memberi hadiah. Berikan kepada semua yang terlibat. Peserta yang tidak mendapat hadiah dalam penglibatan seolah-olah memberitahu, "Kamu belum cukup bagus lagi." Risikonya, self esteem peserta jatuh dan tidak mahu mencuba lagi. Ini akan menyukarkan kita jika kursus itu dua atau tiga hari tempohnya.

Kedua belas, Mengulangi ayat pada kadar minima. Sekurang-kurangnya dua kali sahaja. Kekerapan mengulang ayat menunjukkan trainer tidak mempunyai skrip dalam kepalanya dan memberi paksaan kepada peserta untuk menjawab soalan.

Ketiga belas,Penggunaan powerpoint dan flip chart tidak mempamerkan ayat demi ayat penerangan. Kekalkan kaedah bullet dan penerangan datang daripada skrip trainer.

Keempat belas, Training melibatkan orang bidang menjadikan trainer bekerja lima kali ganda dari segi maklumat baru dalam kepalanya. Maklumat baru adalah keseronokan kepada peserta.

Kelima belas, Ada situasi peserta hadir dan tidak nampak apakah fungsi ilmu dalam sesi. Bantu mereka dengan menyampaikan skrip, fungsi di tempat kerja dan di rumah.Para peserta akan merasakan waktu mereka tidak sia-sia.

Keenam belas, Ada sesetengah peserta duduk jauh daripada majoriti. Trainer jangan tinggalkan mereka ketika sesi. Lihat mereka secara ramah meskipun dari jarak jauh. Trainer seolah-olah memberitahu mereka, "Saudara juga penting dalam bengkel ini."

 *copy from fb Dato Roslan Abd Roslan untuk rujukan di masa akan datang










 NOTA TANGAN : ilmu di mana-mana




No comments:

Post a Comment