hidup ini adalah suatu pilihan






Aku hanyalah wanita biasa yang hanya ada sedikit pengertian akan apa itu kehidupan. Kadang aku bingung dengan hidupku sendiri. Kadang aku tersasar jauh dari landasan hakiki.. kadang aku lupa perjuangan yang aku hendaki

Yang pasti, aku sangat tahu hidup ini adalah suatu pilihan, di mana setiap orang harus menentukan jalan hidup masing-masing.
 
Tak semua orang boleh melakukan hal terbaik dalam hidupnya. Kerana yang terbaik di mata kita, belum tentu terbaik di mata orang lain. Yang bagus untuk orang lain, tak semestinya bagus untuk diri kita..

Dan setiap pemikiran bagi setiap orang itu berbeza. Setiap pandangan seseorang akan suatu hal juga berbeza. Itu semua didasari oleh prinsip dalam diri mereka sendiri, perbezaan pengalaman hidup bagi setiap orang, juga tahap kebijaksanaan seseorang dalam menilai sesuatu

apa yang mungkin boleh aku lakukan adalah menjalani "seindahnya" apa yang hadir di depanku. berusaha untuk tidak menoleh ke belakang dan mendengar cakap cakap orang yang hanya akan merapuhkan segala tujuan hidupku. tidak mahu menyesali apa yang tidak pernah menjadi milikku. setiap yang hadir ini adalah yang terbaik untukku dan aku menikmatinya dengan sesungguhnya ia..

Kekadang aku mengintai juga apa yang pernah aku lalui untuk aku sentiasa mengingati pengalaman sebagai cerminan hidupku. sebagai pencetus semangat serta berpegang pada panji kejayaan. sebagai titik tolak pengharapan yang tidak pernah padam. sebagai pengajaran bagi sebuah kehidupan

Aku semampu sehabis dayaku untuk berusaha untuk menjadi diri sendiri dan sentiasa bermatlamat mahu membahagiakan menggembirakan orang lain terutama mereka yang sentiasa menjadi tulang belakang kehidupanku . 

Dan aku yakin dan sangat pasti semuanya 'kini dan nanti' yang akan menjadi pilihanku, itulah kata hatiku.










 NOTA TANGAN : live ur life to the fullest









No comments:

Post a Comment