jatuh cinta dengan BAWAL TURKI





gambar ehsan google



Pemakaian tudung Turki cukup digemari oleh kaum Muslimah di seluruh dunia. Tudung Turki, selain digunakan untuk menutup aurat, ia juga boleh menambahkan keanggunan si pemakainya.

Tudung daripada negeri Turki ini lebih dominan, berupa ‘silk scarf’ dengan pelbagai motif yang cantik, meriah dan berwarna warni. Gaya tudung Turki ini banyak didominasi dengan pemakaian scarf yang dililit pada bahagian leher dan dipadu padankan dengan blazer atau pakaian kerja yang rasmi dan anggun. 

Jadi, tidak hairanlah gaya tudung Turki yang ringkas ini semakin mendapat perhatian terutama kaum wanita yang bekerja dalam bidang professional. Mereka akan kelihatan lebih elegan dan professional ketika menggunakan tudung Turki ini.

Pemakaian tudung Turki ini tidak sukar. Bahkan juga sesuai dipakai untuk majlis formal ataupun kasual, bergantung pada pemilihan materialnya. Meskipun gaya tudung Turki lebih sinonim dengan scarf segiempat bermaterial sutera, tapi anda juga boleh memanfaatkan kain tudung lain untuk mengaplikasikannya.

Tudung Turki material satin berbentuk segi empat, cukup cantik apabila dipadankan dengan busana formal yang cenderung polos ‘monochromatic’, seperti ‘blazer’, ‘long-coat’, ‘maxi-dress’ dan baju formal lainnya. Bagi anda yang ingin tampil anggun dan bersahaja, tudung Turki daripada material satin sutera dan satin polyester sangat sesuai.

Tips Mengenakan Tudung Turki 

Gunakan inner warna senada dengan tudung untuk menutupi rambut di bahagian dahi. atau nak selamat, boleh gunakan inner berwarna hitam

Biasanya tudung Turki berbentuk segi empat, dilipat menjadi dua sehingga terbentuk segitiga. Gayakan dan diikat dibahagian belakangnya
 
Kemaskan tudung di bahagian muka mengikut keselesaan dan gunakan peniti jika perlu
 
 
 Azie juga telah terjebak jatuh cinta dengan keselesaan material kain bawal turki ini.. tampak simple berbawal tapi memberi kesan yang sangat hebat dalam penampilan
 
 Nantikan pelbagai koleksi BAWAL TURKI di azie fazieda collections tidak lama lagi.. pemilihan tudung ini adalah testimoni ikhlas dari azie sendiri..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 NOTA TANGAN : penampilan yang baik adalah bermula dengan keselesaan si pemakai
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment