Jemputan mengisi slot kursus body language



Baru baru ini azie dijemput untuk mengisi slot imej dan penampilan bagi kursus Pengurusan Khidmat Pelanggan menggunakan teknik BodyLanguageNLP

Bertuahnya azie, hanya Allah yang tahu apabila dapat offer ni.. ini kerana insan yang bertanggungjawab yang mengoffer azie tu bukan calang calang orang.. beliau adalah seorang pakar bahasa badan yang disegani dan dihormati di malaysia!

Memahami maksud yang disampaikan oleh bahasa badan akan membantu mengubah pendekatan atau tindakan untuk memperolehi keputusan yang lebih baik.

Selain itu anda mampu ‘membaca’ dan mengintepretasi apa yang difikirkan atau dipendam oleh klien anda, menjadikan anda lebih memahami mereka berbanding diri mereka sendiri.

 azie yang masih baru dalam bidang ini, telah diberi kepercayaan dari orang yang hebat! syukur! 

azie diberi slot selama 3 jam untuk berkongsi tentang imej dan penampilan untuk staf staf universiti kebangsaan malaysia

Penampilan juga adalah bahasa badan. Bahasa bisu yang mempunyai banyak maklumat dan menghantar masej dengan pantas kepada sipemandang. Pakaian sebagai jurucakap bisu yang memberitahu masej kepada orang lain tentang imej pemakainya. 

Berpakaianlah dengan kemas, menarik, sopan, menyenangkan dan sedap mata memandang bagi meningkatkan aura diri  serta tidak menimbulkan kejelikan mata memandang.

alhamdulillah! 
amanah dan kepercayaan itu mendapat feedback positif daripada peserta.. mereka sangat sporting dan enjoy sepanjang class.. 

ini adalah pengalaman yang berharga buat azie.. tentang ilmu bahasa badan, azie sangat  sangat berminat untuk mendalaminya dan inshaAllah bakal menguasainya 1 hari nanti.. aamiin









NOTA TANGAN : ilmu itu luas.. sentiasa terbentang untuk kita milikinya










No comments:

Post a comment