tanpa keberanian impian adalah hanya angan angan



 Dalam ceramah yang azie kendalikan, kebiasaannya azie akan two way communication dengan peserta.. soalan lazim yang azie akan tanya pada peserta adalah, 

"Apa penghalang utama kita untuk berubah melakukan sesuatu yang baru??? segala senjata telah kita miliki, ilmu juga dah tersemat di dada.. "

contoh jika kita pertama kali nak pakai gaya tudung baru yang sebelum ini kita tak pernah pakai, tapi apa penghalang utama dalam diri untuk kita tidak mencuba langkah pertama untuk pakai tudung tersebut?" ilmu dah ada sebab dah tengok tutorial azie di utube, tudung pun dah ada beli dengan azie fazieda collections.. :) so apa yang menghalangnya?

 azie akan kasi hadiah siapa yang jawab dengan betul.. time ni peserta akan kasi macam-macam jawapan.. seronok dan had fun!

*sifat manusia kebiasaannya suka berada di tempat yang selesa dan play safe everytime.. sesekali kita wajib berhijrah melakukan pembaharuan untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna

maka ceramah azie permulaanya adalah untuk membuka minda tentang kehidupan yang lebih bernilai serta bermakna



Di sini azie bongkarkan jawapannya!
Jawapannya adalah KEBERANIAN!

ya! keberanian!
tanpa keberanian mimpi takkan jadi nyata
tanpa keberanian impian adalah hanya angan angan
tanpa keberanian sampai bila bila kita berada di tempat yang sama
tanpa keberanian kejayaan itu adalah mustahil
tanpa keberanian usaha itu adalah sia sia
tanpa keberanian hidup kurang bermakna

10x tengok tutorial hijab di utube, beli tudung harga ratusan ringgit tapi jika tiada keberanian untuk mencubanya, maka ilmu yang ada itu sia sia dan tudung yang dah beli itu pun hanya sekadar selayaknya jadi alas meja, mungkin :p

niat dah ada, usaha dah ada... tapi berani yang takde.. maka ia tetap tak jadi juga.. 

 begitu juga la dalam perjalanan kehidupan kita

contoh bagaimana azie boleh memberi ceramah dihadapan ratusan peserta malah ribuan manusia, yang pada asalnya azie seorang yang memiliki kerjaya 24hours komitmen depan computer (designer)? *jika mengikuti perjalanan blog ini dari awal mesti tahu bagaimana permulaan ceritanya :)

jika tiada perkataan 'keberanian' dalam diri, maka tiadalah azie yang sekarang! berani keluar dari kepompong keselesaan..

semat dalam hati, hadam dalam jiwa

Berani adalah langkah pertama untuk B E R J A Y A'

Adakalanya kita takut..
Takut tidak mampu lakukan..

Kemudian, kita lawan ketakutan kita..
Kita buat juga..

Ada masa, hasilnya kita berjaya..
Kita sangat gembira..

Ada masa, hasilnya kita gagal..
Kita sedikit kecewa..

Tapi kita cuba lagi dan lagi..
Setiap percubaan ini membawa kita lebih dekat dgn kejayaan dan Excellence..

Wau..hebat'😊

Tanya pada diri,
"Adakah orang yang menjadi terus hebat, berjaya pada kali pertama mencuba?"

Jawapannya,
Tidak !!

Mereka tidak pernah putus asa pada kegagalan pertama, kedua dan seterusnya..

Belajar dari kegagalan membantu kita lagi cepat memproses kejayaan..

Ucaplah TAHNIAH pada diri sendiri kerana telah memilih berani mencuba untuk B E R J A Y A..

Alhamdulillah...






 NOTA TANGAN : cabarlah diri! berjaya atau tidak ia tetap nikmat tidak terperi







No comments:

Post a Comment