Jemputan ceramah transformasi diri untuk usahawan HAI O



Setiap orang membawa dan memancarkan imejnya dan aura yang tersendiri. Imej diri terpancar dari beberapa punca yang ada pada diri sendiri secara disedar maupun tidak. 

Sebagai seorang usahawan, kita mestilah amat prihatin dengan imej diri sendiri kerana kita sering berurusan dengan pelbagai peringkat dalam berurusniaga.

imej dan penampilan sangat sangat mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan itu kerana ia menguji sejauhmana kita bijak membawa diri untuk mendapatkan keyakinan client/customer seterusnya meletakkan sejauhmana perniagaan kita mampu pergi..

azie sangat bertuah dijemput untuk berkongsi ilmu dengan sebahagian besar usahawan usahawan HAI-O dari seluruh malaysia untuk slot grooming dan hijabista.. berkongsi ilmu bagaimana pentingnya transformasi diri untuk melonjakkan aura positif bagi mendapat impak pada perniagaan serta memiliki kehidupan yang lebih bermakna

program ini dilaksanakan di melaka.. peserta yang hadir dari seluruh malaysia.. azie seronok dan berbangga dengan mereka ini kerana semangat perjuangan mereka sangat luar biasa.. azie pula yang merasakan aura aura usahawan mereka dan sentiasa bertenaga dan bersemangat.. alhamdulillah!




moment terindah dan terbest bagi azie sebab dunia kami yang sama.. azie juga seorang usahawan.. semangat luar biasa, kekentalan jiwa, teamwork itu sangat azie tabik spring! maka program ini sangat dekat di hati.. kerjasama dan layanan peserta dan penganjur amatlah azie hargai.. 

setiap kali berprogram, selain mengajar sebenarnya azie juga belajar.. azie mengambil banyak perkara sebagai salah satu pembelajaran dalam kehidupan dan pengetahuan diri.. mengenali ramai orang, azie dapat belajar fitrah manusia yang pelbagai.. syukur!






NOTA TANGAN : semangat pejuang berjihad ekonomi ummah







No comments:

Post a comment