Jemputan ceramah untuk di felda wilayah mempaga


Dalam program puspanita juga azie telah dijemput untuk kali kedua. Jika sebelum ini azie hanya dijemput sekadar mengisi slot untuk hijab style wakil daripada majalah NUR, tapi kali ini programnya sangat berbeza di mana azie dijemput untuk program sehari di felda wilayah mempaga.. 

azie membawa tajuk 'bengkel penampilan diri' untuk puspanita puspanita felda wilayah mempaga.. dalam program tersebut azie berkongsi dan memberikan ilmu tentang imej A.B.C (Appearance, Behaviour, Communication), pengaruh warna, etiket bisnes & sosial, etiket komunikasi, demo make up simple tapi wow! & hijab style yang mudah, menarik & selesa.

azie mendapat feedback peserta yang seronok dan sangat puas hati dengan penyampaian ilmu yang azie berikan.. alhamdulillah! paling azie terharu pengarah projek kata akan ada bengkel penampilan part 2! InshaAllah ada rezeki azie akan berkomitmen untuk wilayah lain pula.

syukur sangat!

ramai peserta yang keep and touch dengan azie di media sosial selepas program hingga kini. tiada yang lebih bermakna dan seronok apabila mendapat feedback positf dari peserta dan ukhwah yang berpanjangan..


 
 










 NOTA TANGAN : seronok memberikan keseronokan buat orang lain









No comments:

Post a comment