Jemputan untuk public program


ini adalah 1st program azie untuk public! 
maksudnya  program yang dianjurkan terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu ikut serta.. 

jika sebelum ini azie dijemput untuk jabatan, ipt dan persatuan yang sememangnya dah ada peserta tapi kali ini ia berbeza sekali 

azie dijemput oleh 2 orang yang bertanggungjawab sebagai penganjur program ini.. yang best program ini dibuat di daerah kulai johor! negeri yang jauh dari ibu kota

sebenarnya program public seperti ini azie risau sebab takut tak boleh nak tarik crowd.. lagi lagi program berbayar. tapi walau bagaimanapun azie tetap memenuhi jemputan penganjur dan cuba berikan yang terbaik

sesampainya azie di sana azie diberitahu peserta melebihi target yang dibuat oleh penganjur. sambutan agak menggalakkan sehingga masa azie sampai mereka terpaksa tambah kerusi meja untuk menampung bilangan peserta yang bertambah! 

alhamdulillah! sesuatu yang menarik dan hebat! kagum dengan pihak penganjur yang membuat persiapan yang cukup rapi

 
 
 

selepas program, pihak penganjur memberitahu kesemua peserta sangat suka dengan program ini dan minta untuk menganjurkannya lagi! 

Allahu!
kata mereka program seperti ini sangat bagus untuk wanita masa kini untuk persiapan serta keyakinan diri.. selain itu azie selitkan juga aktiviti zumba di mana kesemua peserta sangat sporting! 

ya, program azie kebanyakkannya sangat menitikberatkan keseronokan dan happy di dalam kelas bagi meregangkan ketensionan masa belajar! maka pelbagai xtvt yang azie lakukan demi untuk kepuasan peserta! alhamdulillah kesemua feedback sangat memuaskan hati

dan yang paling best, penganjur terus memberikan tarikh untuk program seterusnya yang akan datang! bagi mereka warga johor yang ingin menyertainya, bolehlah lihat poster di bawah! moga kita dapat berjumpa di dalam program ini 










NOTA TANGAN : ilmu mudah diserap apabila kita belajar dalam suasana gembira








No comments:

Post a comment