emcee untuk event zumba siri 2


 Selepas event pertama untuk 'Dance party non stop (2 hours)' yang azie pernah kongsikan di sini rupanya tidak berakhir di situ.. 

Pengalaman baru yang sangat menarik ini berulang kembali untuk event seterusnya di mana azie terus mendapat undangan berkomitmen sebagai emcee sekali lagi.. alhamdulillah! azie mula menjiwai bidang ini di atas kepercayaan ramai..

Jika sebelum ini tempat event terbuka di tasik titiwangsa, kali ini diadakan di dalam dewan yang di penuhi dengan booth booth jualan serta ramai tetamu tetamu vvip yang hadir ke event ini.. lebih menarik dan lebih mengujakan!

syukur dengan ruang peluang yang terbentang luas depan mata.. sebenarnya masa event ini berlangsung azie berperang dengan masa apabila azie perlu menghadiri kursus #superimageconsultant selamat empat hari.. tapi alhamdulillah dipermudahkan apabila event ini berlangsung pada malam hari.. maka sempat juga azie berlari-lari untuk memenuhi undangan..

dan segalanya berlangsung dengan kemeriahan dan keseronokan oleh semua peserta, tetamu jemputan seterusnya kami sebagai tenaga penggerak! syukur alhamdulillah

 moga bertemu lagi di event seterusnya! aamiin












NOTA TANGAN : kita tidak tahu kemampuan kita selagi kita tidak mencubanya









No comments:

Post a Comment