Jemputan ceramah untuk MARA


berkomitmen sebagai associate trainer SYEDFAIZAL TRAINING & CONSULTANT buat kesekian kalinya, kali ini azie diberi kepercayaan untuk mengendalikan program bersama staff MARA bertajuk IMEJ DAN KETRAMPILAN ABC (appearance, behaviour, communication) selama 3 hari di Kinrara resort, puchong

program ini merangkumi aspek :

imej profesional
pandangan pertama
imej ABC
kesilapan imej dalam penampilan
kenali gaya personaliti diri
pengaruh warna
aura warna mengikut tona kulit
kebersihan diri
tips penjagaan wajah dan diri
kenali bentuk wajah
kenali bentuk badan
pemilihan pakaian mengikut kesesuaian 
penggayaan aksesori
pemakaian gaya korporat dan profesional
etiket sosial & bisnes
etiket komunikasi berkesan

Alhamdulillah program berlangsung dengan jayanya. selama 3 hari berkomitmen ini azie dibantu oleh seorang fasilitator, salwa juga berkomitmen sebagai trainer untuk slot etiket komunikasi

pengalaman yang sangat menarik dan mengujakan apabila berkampung bersama mereka yang terdiri daripada pensyarah, kaunselor, cikgu-cikgu serta kakitangan tenaga penggerak.

sebenarnya selain menyampaikan ilmu, azie juga banyak belajar dari mereka atas perkongsian dan pengalaman dalam handle program ini. 

yang penting apa yang diusahakan ini mendapat manfaat buat semua yang terlibat.. inshaAllah







NOTA TANGAN : menggilap potensi diri untuk inspirasi






No comments:

Post a comment