bangkitkan lah semangat dalam diri


Sekiranya bertemu seseorang yang memusuhi kamu

Terus terusan menganiayai kamu
Sehingga menimbulkan kemarahan di luar batasan
Menjadikan ia titik permusuhan
Dan melemparkan hinaan

Maka jangan kamu cuba lagi mendekati
Atau mencuba memulih keadaan


Bangkitlah dan terus mara ke hadapan
Berbekal semangat yang kuat

Supaya kata hinaan yang dilemparkan
akan tertinggal di belakang

Kerana Jika kamu rebah saat dihina
maka kata hinaan itu akan terus
bersama kamu selamanya

Orang yang gembira dengan kejatuhan orang lain
tidak akan merasa gembira dengan diri sendiri 
tidak tenang dengan kehidupan yang dilalui
sentiasa mencari jalan untuk menyakiti
Dan akan terus menganggap orang di sekelilingnya adalah musuh sejati

Walau berdepan apa jua situasi
Jangan mengalah
bangkitkan lah semangat dalam diri

Dengan pertolongan Tuhan sekalian Alam
Yang benar segala saksi
Pasti kamu akan dapat mengatasinya

Jalan terus tinggalkan segala derita dan mereka
bahagiakan mereka yang sentiasa ada
kerana dunia ini hanya sementara
di akhirat sana kekal selamanya


~ catatan motivasi 'Anjakan Paradigma'









NOTA TANGAN : Lepaskan segala bukan milik kita








No comments:

Post a Comment