Bawal Turkey Original


Assalamualaikum 

sesiapa yang mengikuti perkembangan fashion terkini akan tahu tentang hijab trending sekarang adalah tudung bawal kan? lagi lagi bawal bermaterialkan kain satin.. bawal satin, bawal pucci, bawal turkey dan pelbagai bawal lagi yang menjadi perhatian semua hijabi.

seperti yang ramai tahu, signature AZIE FAZIEDA COLLECTIONS dalam 2 tahun kebelakangan ini adalah BAWAL SATIN 

jadi apabila hijab ini trending, azie la manusia paling seronok sebab banyak pilihan dan suka sangat dengan orang yang bertudung bawal ni. nampak ayu, kontemporari dan stylo apabila dipelbagaikan gaya pemakaian!

tapi yang paling mendapat tempat di hati azie adalah TUDUNG BAWAL TURKEY! seperti yang pernah azie kongsikan di sini pelbagai keistimewaan tudung tersebut.

sekarang apabila sesuatu itu trending, macam macam yang ada. Bawal ala Turkey bersepah sepah di mana mana. malah harga yang ditawarkan jauh lebih murah.. tapi adakah tudung itu benar benar dari negara sana? ya! hanya yang tahu akan tahu ianya ori atau tidak. Bagaimana mahu kenal signature tudung bawal Turkey? orite nanti azie kongsikan ya!

Alhamdulillah rezeki, ruang dan peluang azie sendiri dapat memilih design dan deals dengan orang di Istanbul Turkey untuk mendapatkan stok di sini. #OriginalImportedTurkey

Impian untuk memiliki tudung Turkey Original direct negara sana menjadi kenyataan apabila usaha dan doa mengiringi setiap langkah perjalanan. ya! bukan mudah tapi ianya tetap manis apabila kita dapat melangkah sesuatu ke arah apa yang kita minat. Juga Allah mudahkan setiap urusan untuk menggapai impian tersebut. Alhamdulillah!

sebelum berkongsi, azie sangat pentingkan research, penilaian pro & con, kelebihan dan kelemahan, try dulu serta apa apa sahaja info tidak bercanggah dengan apa adanya sesuatu itu.

postage dari Istanbul Turkey ke kuala lumpur, Malaysia

Untuk batch pertama, AZIEFAZIEDA COLLECTIONS adalah 100 helai pelbagai saiz bidang dan ketika entry ini ditulis batch kedua bakal menyusul 

ini adalah gambaran keistimewaan tudung original Turkey, azie akan berkongsi lagi dari masa ke semasa keistimewaan yang lain lain.

Antara contoh pemakaian dan design #squarescarfbyaziefazieda #originalimportedturkey


untuk melihat pelbagai design dan pelbagai info mengenai hijab ini, boleh ke fanpage facebook dan di instagram official juga akan datang tutorial pemakaiannya di youtube channel azie fazieda 







NOTA TANGAN : A strong, positive self image is the best possible preparation for success in life






No comments:

Post a Comment