Pencapaian dalam keperluan


Alhamdulillah! Alhamdulillah!
'Tuhan menggenggam semua doa. Lalu dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.'

syukur! sangat yakin dan percaya dengan ayat di atas. 

Alhamdulillah 1 lagi wishlist tercapai dengan jayanya ^_^ tepat pada masanya. bukan 1 tapi 2 sekaligus dalam 1 masa.

1 untuk azie
1 untuk tuan suami

 

ini untuk tuan suami. 
sebenarnya tuan suami telah lama berkecimpung dalam dunia photographer videographer tapi sekadar minat dan keperluan sahaja sebab dia lebih fokus untuk lain lain yang lebih besar. 

Beliau memiliki DSLR yang pertama seusia perkahwinan kami. dan kali ini DSLR yang kedua yang lebih power dan upgraded dari yang pertama. yang pertama hanya untuk gambar dan yang kedua ini untuk gambar dan video. tapi kedua duanya masih disimpan rapi dan digunakan sebaiknya.

memiliki kedua dua gadget beserta segala kelengkapan peralatan studio adalah antara pencapaian yang terbesar beliau juga aset kesayangan kerana nilai yang dilaburkan agak tinggi. tapi demi minat dan keperluan, menjadi kepuasan yang maha hebat dalam diri.

keperluan yang dimaksudkan azie di sini adalah, tuan suami seorang usahawan dalam bidang design & printing, event management, supply barang & sebagainya. maka gambar serta video kebiasaanya termasuk dalam pakej tender yang diminta oleh client. penghasilan kualiti gambar dan video amat dititikberatkan oleh beliau dalam menyelesaikan sesuatu job yang dikendalikan.

jadi minat dan keperluan itu seiring dengan kerjaya yang telah diperjuangkan.


yeay! ini pula untuk azie  ^_^
di pejabat sememangnya kerjaya azie menggunakan imac tapi itu orang lain punya. hahaha

impian untuk memiliki macbook air azie dah simpan lama sejak pertama kali azie menjadi pengguna apple masa mula berkerja dahulu. tapi keperluan tidak mendorong azie untuk memilikinya sebelum ini.
tapi dengan kerjaya dengan kefokusan kerja yang azie lakukan sekarang (travel & jumpa orang ramai), azie fikir sudah tiba masa untuk azie memilikinya kerana macbook air ini mudah dibawa ke mana sahaja, mudah link dengan iphone yang azie guna sekarang dan banyak lagi kelebihan kelebihan lain. 
sebenarnya azie dan tuan suami sudah ada 2 PC dan 1 laptop. kebiasannya apabila melakukan kerja di rumah, azie dan tuan suami menggunakan PC sahaja sorang 1. dan apabila ada keperluan berjumpa client juga travel untuk memberi ceramah, azie dan tuan suami menggunakan laptop tetapi kadang-kadang kami clash masa berjumpa client masing masing. terpaksa bergilir dan berkongsi laptop yang sama walhal isinya berbeza dan bidang kami berlainan.
itu yang menjadikan azie kuat untuk memiliki macbook air sendiri. dan finally ianya tercapai, berkat usaha dan doa yang tidak pernah kenal erti jemu. Alhamdulillah.
Untuk memiliki kedua dua ini bukanlah sesuatu yang mudah dan murah. tapi kami yakin dan cukup percaya untuk memiliki sesuatu itu, memerlukan sedikit pengorbanan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan. apabila kita sudah melakukan sehabis baik dan ianya menjadi milik kita, saat itu kesyukuran dan kepuasan dalam diri hanya Tuhan yang tahu.  





 NOTA TANGAN : Raikan kejayaan tanda kesyukuran






No comments:

Post a Comment