Sisa Hidup kita semakin pendek


"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

Sisa Hidup kita semakin pendek,
» Yg Ingin kita Beli, Belilah
» Yg boleh kita Pakai, Pakailah
» Yg boleh kita Makan, Makanlah
» Kalau masih mampu Memberi, Berilah

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hidup ini dgn Pasangan kita selagi masih ada.

Sehari berlalu, Umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn Berbahagia, Kita sangat beruntung, Berbuat Baiklah & Selalu mengucap Syukur, Kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'Pulang'!

Waktu semakin Cepat berlalu, Hidup itu sangat singkat. Dalam sekejap kita memasuki Masa tua, Itu PASTI!

Bila Membandingkan ke atas, Kita akan selalu Merasa kurang, Membandingkan ke bawah, kita merasa lebih, Bila kita mampu merasa cukup dan Mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti Bahagia. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. 

Manfaatkan ia sebaiknya. 

Harta, Kekayaan, Pangkat, Kedudukan, Kehormatan. Semua itu hanyalah Sementara, Hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, Sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal² tercela, Mengawal diri. 

Jangan Menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada dan yang terpenting Melatih diri agar selalu sihat Zahir dan Batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan Modal utama Menikmati kebahagiaan Hidup ini.








NOTA TANGAN : Nikmati seindahnya ia, jangan dilupa kehidupan abadi juga





No comments:

Post a Comment