tertarik, menarik, KAU memang betul!!!


harini sesaja jenjalan kat fb pepagi.. 
 tengok status kawan-kawan yang menjadi spot untuk di komen, untuk di like.. tapi fb sunyi.. mayb ramai yang da pulang ke kampung halaman.. bersuka ria bersama sanak saudara, rakan dan taulan.. yo la kan.. esok rayaaaaaaaaaa!!! mesti semua kesibukan membuat persiapan sampai terlepas update status fb kan.. hihi.. azie gak la yang masih di kl menyiapkan tanggungjawab bisnes yang tak selesai-selesai.. takpe.. bisnes itu kan duit.. =))

jalan punya jalan di fb, blogwalking sana sini pahtu azie terjumpa sesuatu yang sangat menarik perhatian.. meh azie share kat sini..

ok.. wa kasi bosar punya imej untuk kejelasan yang maksima.. kalau masih tak cukup bosa klik pada imej yang kebesaran yang berganda-ganda..


kalau kat dalam poster tu kata gaji RM1 500 tak mencukupi dok kat malaysia, tapi azie nak kata gaji RM3 000 juga sangat-sangat tidak mencukupi dok kat kl.. serius sesangat sebab azie yang alaminya.. wuwuwuwu

soalan pertama yang azie nak kemukakan, ada ke lagi rumah yang berharga RM300 sekarang??  ya mungkin ada.. mungkin di pedalaman, tapi adakah mereka yang bekerja di pedalaman mencecah gaji RM1 500 selain kakitangan kerajaan? jawapannya tidak sama sekali..

ini azie buat kira-kira tentang perbelanjaan azie pulak.. tapi ia secara random ok.. not fix..(^_^)

rumah: RM 700

kereta: RM400

unifi: RM150

PTPTN: RM200

belanja dapur: RM300

makan harian: RM450

minyak & tol: RM200

bil telefon: RM150

mak abah: RM200

ASB: ?
KPF:?


ok cuba korang  totalkan.. yesss exactly.. lebih dari RM3 000!!! huh! itu baru keperluan asas.. belum lagi barang kehendak.. nak beli baju baru la.. nak beli mekap baru la.. nak makan makanan sedap sket.. nak balik kampung lagi, nak g travel lagi.. haih.. 

ya.. ini mungkin hanya azie merungut yang masih hidup berdua dalam keluarga.. belum ada pape tanggungan lagi.. macam mana mereka yang ada keluarga besar dok kat kl tapi pendapatan kurang dari RM3K? fikir-fikirkan lah...

tapi.. tapi.. tapi...
azie tak salahkan sesiapa.. azie tak salahkan negara yang membangun, azie tak salahkan keluarga yang tak kaya, azie tak salahkan bos yang tak kasi gaji lebih, azie tak salahkan kawan-kawan yang hulurkan bantuan.. 

tapi azie akan salahkan diri azie sendiri jika azie tak  
'draw a longer line!'

dunia akan terus maju, negara akan terus membangun tanpa menunggu kita.. siapa pun kita apa mereka peduli.. bila harga naik, kita merungut, jika gaji sikit, kita membantah, tapi cuba fikir, apa yang kita telah berikan untuk menjana ekonomi negara? apa sumbangan kita pada negara? it's nothing yo!

ya! bila kita fikir kita nothing so berusaha la untuk jadi something.. even bukan untuk negara, bukan untuk dunia.. tapi cukup la untuk diri kita sendiri, untuk keluarga kita.. kebahagian dan kejayaan bermula dari kebahagiaan dan kejayaan di rumah.. so bila kita tak cukup segalanya adakah kita boleh bahagia dan di anggap berjaya?? definitely no!

sebab tu adanya manusia yang tak pernah kenal erti penat.. berusaha siang malam pagi dan petang untuk mencari seciput kebahagiaan dan secoet kejayaan.. azie kagum dengan manusia yang macam tu.. dari manusia yang azie pernah kenal yang hanya bergantung harap pada orang lain dan takdir semata.. bila kehidupan semakin meruncing, orang lain juga dipersalahkan..

so tentang ini, apa yang boleh azie cakapkan, jika anda rasa anda susah, cari la punca kesusahan itu dan fikirlah jalan untuk keluar dari kesusahan itu dengan pelbagai cara sekalipun selagi ia tidak melanggar hukum agama.. cara corakan kehidupan kita adalah di tangan kita.. (^_^)





NOTA TANGAN: azie cari alternatif lain dengan berbisnes..:)





1 comment:

  1. Gaji berapa pun takkan cukup kalau camtu. Nanti aku jadi Perdana Menteri semua kepala dapat sepuluh ribu sebulan. Pastu semua orang duduk rumah je. Takde sapa nak berjual, tak de sapa nak masak, tak de sapa nak buang sampah, tak de sapa nak potong rumput. Semua goyang kaki je. Pastu hancurlah semua. Begitu lah hehehe

    ReplyDelete