kemenangan hanya akan diraih pada mereka yang tidak mengenal putus asa



Bila kau disuruh buat sesuatu yang kau tidak mahu lakukan, namun kau lakukan juga, ia tidak bermakna kau tidak berguna tapi kau berjaya mengatasi keegoaanmu dan mendengar kata

Bila kau dihenyak lanyak dengan perkataan namun kau diam dan teruskan senyum sahaja tanpa membalas, ia tidak bermakna kau rapuh dan bodoh tapi kau berjaya mengawal emosi dan amarahmu

Bila kau jumpa orang yang pernah menyakiti kau, namun kau masih mampu menyapa dan melayan seperti biasa, ia tidak bermakna kau kalah dan salah tapi kau berjaya buktikan kau bukan manusia pendendam

Bila orang buat salah padamu lalu meminta maaf dan kau secepatnya memaafkan walaupun ia amat payah, bukan bermakna kau baik tetapi kau sedar kau juga melakukan kesalahan dan mahukan kemaafan

Bila kau nampak tanda hitam dan di sana kau temui kegelapan, tetapi itu tidak bermakna kau harus mati apabila melaluinya. kenapa kau tidak bangun dan cuba berusaha memutihkan segala yang hitam itu?

Adakalanya kita tidak tahu apa yang kita lakukan itu, hanyalah untuk membuat hati merasa bahagia, tenang dan aman. Ketenangan jiwa dan kebersihan hati adalah anugerah yang tidak ternilai dan sesuatu yang tidak dapat diungkap dengan kata kata!

Atas sebab itu kita banyak melakukan kesilapan dan setiap salah, kita harapkan kebenaran, diberi peluang lagi dan lagi dan mengharapkan keadaan akan berpihak pada kita.

siapa kata ada orang yang tahu apa akan jadi ke depan? semua orang tidak tahu apa kan jadi esok... itu rahsia yang maha Esa! jadi dengan siapa kau mahu takut? 

walau jalan itu hitam pekat likat, tetapi tidak bermakna jalan itu tiada sinar cahaya yang kau impikan. walaupun kau rasa kau sudah jauh dalam mimpi yang panjang tetapi tidak bermakna kau terlambat untuk sedar dan bangkit dari lena itu

Jika kau tidak berani mencuba, masih takut takut, mana kau tahu hitam atau putih jalan kau pada hari esok.. bukankah kau bertanggungjawab sepenuhnya melakar segala kehidupan kau sendiri? bagaimana corak yang kau pilih untuk masa depan kau?

manjadda wajada! 
itu janji Dia! yang penting lakukan yang terbaik untuk segalanya.. selebihnya biar Dia yang tentukan.. Allah tidak zalim pada hambaNya

jatuh bangun, penat lelah, menangis ketawa, atas bawah itu roda kehidupan dan wajib kau tempuhi, namun kemenangan hanya akan diraih pada mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan pasti ada jalan bagi mereka yang berusaha.. 

pasti!!!








 NOTA TANGAN : semangat, keseronokan dan ketenangan senjata utama sebuah kemenangan





 

No comments:

Post a Comment