Tudung saji bukan kategori hijab


Salam Jumaat yang indah! ^_^

Pagi-pagi azie dapat komen seperti ini.. Alhamdulillah.. komen seperti ini yang dianggap sebagai dugaan dalam perniagaan di mana ia lagi pemberi semangat dan kekuatan yang luar biasa dalam jiwa azie! syukur!



buat sis yang sangat cantik @mieja hamid, azie tak tahu di mana silapnya gambar dan post tersebut yang boleh menyakitkan dan mengganggu awak sehingga awak mengomen seperti itu. saya post entry tersebut di page saya sendiri dan tidak tagged sape2 pun gambar tersebut! dan saya tidak pernah paksa awak untuk like page saya sehingga entry yang saya buat lalu di wall awak! dan yang pasti saya juga tidak pernah mengenali awak dan tak pernah sedar akan kewujudan awak ^_^

saya mencari rezeki yang halal juga membantu para wanita untuk penggayaan dalam berhijab.. kalau itu yang dirasakan HAMPEHH bagi awak, saya mintak maaf dan walau apa jua yang awak ingin cakap, tiada sekelumit pun dalam hati ini untuk berundur.

SAYA TETAP TERUSKAN PERJUANGAN INI 

LILLAHHITAALA!

Saya paham, manusia banyak ragam dan warna hati juga berbeza-beza, ada hati yang putih bersih, ada hati yang hitam busuk.. Moga kita tidak tergolong dalam hati yang hitam lagi busuk itu.. aminn ^_^

Tapi saya kesal sangat kesal dengan sikap awak di mana, sebagai seorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam dan berhijab, awak sanggup mempersendakannya. Astagfirullah. Adakah tudung saji itu dikategorikan sebagai hijab??? Walaupun awak tidak suka cara saya, tapi ingat! BERFIKIR SEBELUM KOMEN! Berhijab bukan sekadar untuk 'orang cantik' sahaja atau berhijab untuk cantik. Hijab adalah kewajipan kita sebagai seorang muslimah.

 Jadi, cantik atau tidak cantik, suka atau tidak suka, kita wajib berhijab, bukan bertudung saji. :D dan penggayaan hijab adalah untuk memperindahkan dan memberi keselesaan buat si pemakai. Dalam Islam, berfesyen atau bercantik-cantik tidak salah selagi ia tidak mengabaikan syariat Islam. malah Islam sendiri menggalakkannya. wallahualam..  

itu dalam pandangan saya tentang hijab. tapi pandangan awak tentang hijab adalah seperti dalam komen awak itu. awak yang buka pekung di dada dan menzahirkan ketinggian pemikiran awak sendiri!

INGAT! 
tudung saji bukan kategori hijab! walaupun ia dipanggil tudung! hehehe 
 
DAN, di hari Jumaat yang mulia ini saya doakan moga anda diberkati dan dirahmati Illahi.. Ciptaan Allah sangat cantik, begitu juga dengan awak. maka bersyukurlah dengan kejadian yang Allah ciptakan sebelum ianya ditarik pada bila-bila masa sahaja!
Apa yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu..setiap wanita berhak untuk cantik!!






NOTA TANGAN : tinggi rendah pemikiran seseorang dapat dinilai melalui sikap lahiriah





1 comment: