jadi anak yang baik sebelum jadi baik untuk orang lain..




jadi anak yang baik sebelum jadi baik untuk orang lain..

aku dibesarkan dididik dengan kesederhanaan dan penuh kasih sayang.. keluarga yang penuh cerita bahagia dan gembira.. <3

abah pernah kata : “abah takkan kasi kamu ikan hari-hari untuk makan walaupun abah mampu, tapi abah sebolehnya akan berikan kamu mata kail untuk kamu gunakan sebaiknya demi mendapatkan ikan..”

mendalam sungguh dalam kata-kata keramat itu!

Harini dan saat ini, kami adik beradik semua mempunyai mata kail sendiri.. walau belum sempurna tapi Allah tahu kami usaha.. tidak mengharapkan sesiapa, tidak menyusahkan sesiapa.. malah dengan mata kail dan ikan yang diusahakan itu kami dapat mengukir senyuman paling bahagia buat mak abah.. 


walaupun perjuangan ini sering disalaherti, dikeji oleh orang lain, itu tidak mampu memadamkan didikan yang diterap dari kecil oleh mak abah! sekelumit pun tidak! malah itu adalah batu loncatan yang Allah berikan untuk mengangkat darjatku kerana terus berusaha menggembirakan mereka!

untuk balas jasa memang tidak mungkin, tidak mampu.. hanya dengan membuat mereka bangga dan puas mempunyai anak seperti aku itu sangat memadai untuk Allah menilai.. Alhamdulillah 


Mereka adalah orang pertama dan kedua yang gembira atas kelahiranku.. maka mereka juga selayaknya gembira sehingga nafas terakhirku!

Sebagaimana indahnya hidupku sedari kecil hingga kini, seperti itulah aku mahu mereka gembira dan merasai keindahan hingga akhirnya!

sepertimana aku bertuah dianugerahkan ibubapa seperti mereka, sebegitulah juga aku mahu mereka bertuah memiliki zuriat seperti aku!

Moga kami adik beradik terus diberi keindahan hidup untuk terus diperjuangkan buat keramat hidup kami! 


#belumhabisceritabornday
#makabahdatangklcelebrate
#siapkasihadiah
#indahnyahidup












NOTA TANGAN :  harta dunia akhirat












No comments:

Post a Comment