suprise birthday present : superstar libra cruise



Seperti biasa setiap tahun pada tanggal 1 Mac adalah tarikh keramat yang tercipta buat azie.. terlaluuu banyak kenangan indah yang terpahat di memori pada waktu ini.. dari zaman kanak-kanak, zaman sekolah, zaman universiti, sehinggalah zaman dewasa-dewasa ni.. alhamdulillah alhamdulillah.. tiap tahun sambutannya memang terus menusuk qalbu dari family dan kawan-kawan serta yang tersayang! bermacam yang telah dilalui pada tarikh keramat tersebut! syukur atas nikmat rasa itu!

pada tahun ni ianya jatuh pada hari ahad.. hari cuti.. kebetulan tarikh tersebut azie ada kursus 2 hari, sabtu dan ahad.. en somi banyak kali tanya dan request untuk azie free kan time tu.. tapi mana mungkin azie ponteng class kan.. bila dah dewasa macam ni, rasa tanggungjawab tu sangat menebal dalam diri.. maka azie pun explain kat en somi tentang kaitan class tersebut dengan perjuangan azie.. *ala dah tahu mesti nak buat suprise on my birthday la tu :p

8 tahun kot kebersamaan dengan dia.. dah boleh agak pun! :P then alhamdulillah dia faham dan dia restui segalanya ^_^ 

walau sesimple dan sekecil manapun, ingatan untuk hari tersebut pasti ada! yang pasti ianya diraikan dengan penuh rasa cinta kasih dan sayang! ya memang setiap haripun kita wajib memberikan rasa itu terhadap pasangan.. tetapi dengan sambutan tarikh tarikh tertentu akan menyemarakkan lagi ikatan itu! kami juga manusia biasa.. ada masa masalah datang, ada masa mood swing, ada masa terlajak kata, ada masa terlanjur perbuatan.. dengan saat hari hari bersejarah inilah kami memulihkan keadaan.. post mortem apa yang berlaku dalam hubungan.. pahatkan moment moment indah bersama untuk diingati sepanjang usia.. 

azie tak mengharapkan lebih, tak menjangkakan sesuatu yang luar biasa.. sehari sebelum bezday azie, lepas class kami dah celebrate with my family! mak abah dari dari johor ke kl sama2 meraikannya.. siap kasi hadiah bagai! indah.. sungguh indah! diusia ini masih dapat hadiah bezday dari mak abah.. suweeetttt kan?

nikmat rasa hanya Tuhan yang tahu.. dikelilingi keramat hidup di hari istimewa! itu sudah cukup bermakna bagi azie dan cukup untuk dibuat kenangan indah sampai bila bila..

on that day, dapat tagged fb dari en somi.. senyum lebaq! dok dalam class pun energy lebihhh je.. hahaha.. alhamdulillah alhamdulillah! dalam hati romantiknya ayat! :)

tang ayat #tiadaduatiadatiga #selamanyasayanguntukmu tu buat hati bergetaq! melting habissss! macam jatuh cinta again n again je! hahaha..




then after hari tersebut, azie dan dia jalani kehidupan seperti biasa.. azie langsung tak fikir apa dah sebab celebrate dah, ucapan pun dah! complete!!! kemudian kami kembali gigih berjuang di jalan masing-masing.. tapi pertanyaan, "bila free?" masih diajukan kepada azie.. dan azie tetap cakap tak free sebab azie ada program untuk next weekend.. lastly dia cakap, bila free kita nak p penang!

penang??? for what???

dia just jawab, release tension, relax dan cari idea baru!

*Tempat jatuh lagi dikenang.. inikan pula tempat menimba ilmu, menyulam cinta kannnn!


 dengar je penang terus excited! maklumlah di situ la bermulanya kisah pahit manis kami! di situlah terciptanya perasaan cinta, di situlah bermulanya pengembaraan yang panjang dalam kehidupan, di situlah segulung ijazah digenggam.. 

maka penang adalah negeri yang penuh dengan keindahan buat hidup kami.. sentimental value yang maha hebat di sana.. 

bila dengar nak ke penang dan kesian kat en somi yang beria mengajak, azie cuba adjust masa class walaupun hanya berbaki 2 hari untuk menjelang weekend.. masa program ditunda ke hari lain.. nasib baik class pada waktu itu ada ulangan, maka segalanya diatur dengan baik ^_^ tapi berpeluh juga mengatur kesemuanya, salah langkah ia boleh tersasar dari landasan perjuangan.. tentang segalanya, short vacation tu azie serahkan 100% kat en somi!

alhamdulillah semuanya dipermudahkan!
segalanya telah tertulis, mungkin......


sesampainya di penang, kami terus makan, g masjid dan lepak tepi laut, padang kota.. 
*dalam hati bila la nak check in ni! 

En somi : kita check in sini yang.. happy belated bezday!!! 
*sambil keluarkan sume dokumen2 yang dibooked..
Puan isteri: phewww! Hadiah bezday ke? terharu ni!
En somi : *senyum hadiah harijadi la ni   
Puan isteri: *cheq ingat orang kaya je boleh naik cruise ni.. hahaha.. senyumm yeay! maceh bang, sayang ketat erat padat ^_^

*kalauku tahu, lama dah kushoping beli baju baru cecantik dulu sebelum bertolak.. ish! :p


 
sebelum boarding kena check in dulu.. amik kad ni guna dokumen yang kita da booking online.. kad ni macam kad kredit kita kat atas tu.. semua pembelian dan urusan jual beli guna kad ni.. tak pakai cash. contoh nak beli air, kasi je kat peniaga atas tu kad ni, dorang swap then bila nak turun baru kita setelkan sume bil.. *excited! dalam kad ada tulis nama sendiri..  

bayaran yang dibayar melalui booking hanya include dinner, breakfast n cabin.. yang lain2 semua sendiri ye

masa nak boarding ada 3 kali check ic dan kad tadi.. kena scan barang n badan macam nak masuk flight


bila masuk dalam kapai terus teruja! waaaa mewahnya! subhanallah!

tentang rasa?

seronok dan rasa macam tak percaya... :p

banyak kali cakap ngan en somi, "terima kasih bang, terima kasih bang":p

then dia cakap, "nasib baik ada rezeki kita yang.. abang booking dan 2 kali cancel sebab sayang bz sangat "

*manusia merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah maha tepat! dengan izin Dia kami di sini tepat pada waktunya.. di saat kami sedang berkejaran dengan masa.. Dia buka sedikit ruang untuk kami berehat.. alhamdulillah!

 1st masuk terus menuju ke cabin seperti yang telah ditetapkan dalam kad.. letak semua barang dan terus keluar untuk explore kapai 10 tingkat ni :)

cabin ada pelbagai.. macam hotel gak.. ikut budget yang kita peruntukan.. ada yang ada tingkap, tiada tingkap, ada yang katil single, katil queen.. ha macam-macam la.. pilihan cabin mempengaruhi harga keseluruhan masa kita naik tu.. 

map untuk keseluruhan cruise ni sangat diperlukan.. takut sesat barat ataupun kita terlepas aktiviti aktiviti yang ada sebab tiap deck ada keistimewaan sendiri

setiap yang ada dalam ni sangat cantik dan mewah.. sangat sesuai untuk mereka yang inginkan keindahan dan ketenangan

ini port paling best.. deck 9 dan 10.. makanan, suasana, keindahan dan kemeriahan tidak dapat dipisahkan

Dinner disediakan awal, seawal jam 5.30.. 1st aktiviti kami sebab tengok makanan dia sangat banyak!!! decoration pun sangat cantik! boleh jadi even dah kenyang pun bila tengok deco of food tu rasa terus lapaq..pelbagai jenis makanan ada.. dari sekecik2 appertiser sampai la sekecik2 desert.. main menu xyah cakap la.. japanese ada, chinese ada, vege ada, makanan melayu apatah lagi.. nak masuk gambiaq makanan terlalu banyak gambar lak nanti, tak sanggup uols nak scroll kan! ^_^

makan sambil melihat keindahan alam!

lepas makan dan perut kenyang, g deck 10 untuk melihat keindahan, menikmati keseluruhan! deck paling atas! 

perut kenyang, hati senang, jiwa lapang, hati tenang! ahhhh indah!

masa ni cruise belum gerak lagi.. cruise akan gerak jam 8.45 ke tengah laut! so masa boarding yang diperuntukan adalah dari jam 5.30ptg hingga jam 8.45malam

so bila berada di deck 10, akan nampak persisiran negeri pulau pinang yang penuh dengan pembangunan! cantik!

nak dekat maghrib, kami masuk ke cabin untuk mandi solat dan bersiap untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan 

setiap langkah adalah keindahan, kemewahan!

banyak aktiviti di atas ni.. ada panggung wayang, karaoke, show, performance dan sebagainya.. larat tak larat je nak layan semua ^_^

kami terus ke deck 9 dan 10 lagi.. hahaha.. favourite sini! selain menikmati keindahan laut dan langit, alunan muzik dan makanan adalah perkara yang tidak boleh dilepaskan untuk dinikmati..

dan dalam masa macam ni, bermulanya pelayaran cruise ni.. kita nampak pergerakan cruise yang makin lama makin jauh dari daratan.. keindahan lampu-lampu penang makin lama makin tidak kelihatan apabila cruise telah jauh dari situ..

masa ni cakap, baiiiiii penanggggggggg! :p
masa cruise bergerak, tak rasa apa pun.. tak rasa goyang, tak rasa pening, tak rasa mabuk pun.. smooth tapi laju.. eh eh.. kita tahu cruise dah gerak sebab tengok air berkocak kat laut je.. kikiki

then explore lagi tempat-tempat menarik di sini.. 10x explore pun tak rasa boring sebab indaaahhhh sangat!

 
 kami membuat pilihan untuk melihat magic show yang diadakan di deck 5.. semua aktiviti dan tentatif di atas cruise ada di paparkan di tv dalam setiap cabin.. kita boleh buat pilihan mana aktiviti yang kita nak sertai.. ada aktiviti yang kita perlu bayar guna kad, ada yang free.. 

kat tv tersebut ada juga gambar kedudukan cruise kita..


keluar dari magic show kami explore lagi.. ingat azie kata explore 10x kali pun tak rasa boring dan percayalah sepanjang kami naik kira-kira jam 5.30 sampai ke waktu ini kira kira jam 11 malam, kami belum habis explore kesemua tempat yang mana setiap tempat ada keindahan dan keistimewaannya sendiri! besaq kot cruise ni!

maka jalan-jalan dan mengexplorasi itu adalah aktiviti wajib yang perlu anda buat! jangan risau ia sangat best!

ni di deck 4, 
kami layan busking! lagu sume best2.. request lagu pun boleh! sambil-sambil supper! mendayu-dayu..

lepak macam ni 2 3 jam pun tak sedar masa berlalu! kat sini barang pameran pun banyak.. boleh baca sejarah semua.. siapa kata ilmu tu terhad.. macam ni pun boleh timba ilmu jugak taw

last aktiviti untuk malam tu adalah tengok bulan.. masa ni waktu kemuncak keindahan.. cruise berada di tengah lautan dan berhenti di sini.. waktu ini suasana di atas ni sangat tenang.. ramai yang dah beransur untuk ke cabin masing-masing..

kebetulan bulan penuh malam itu.. terasa sangat dekat dengan kita.. sambil melayani angin laut yang sejuk, keindahan langit yang terang dan kemewahan cruise yang cantik!

perfect! 
tenang dan sangat bahagia!

merasai nikmat keindahan ciptaan Allah, melihat kebijaksanaan manusia anugerah Allah, membuatkan hati sungguh sayu.. sesungguhnya menyelinap satu rasa kehambaan bahawa aku manusia hina dan kerdil yang hanya menumpang di bumi Tuhan yang maha luas.. hanya Allah yang tahu....

bukan keseronokan yang dikejar, tetapi lebih kepada erti kesyukuran....

kira-kira jam 1am kami pun masuk cabin.. bersedia untuk menikmati keindahan esok pula.....

*subhanallah, alhamdulillah, Allahuakhbar! 


seawal jam 6.30 pagi kami telah berada di deck 10 untuk menikmati keindahan lagi dan lagi! masa ni saat sunrise, maka kami taknak lepas peluang! mana mungkin lepaskan peluang besar macam ni.. 

gambar-gambar ini original from my camera! cantik sangat kan! bayangkan kalau real bagaimana keindahan itu?
 

sebenarnya keindahan dan keseronokan tu sukar digambarkan dengan kata-kata..

pertama ia adalah hadiah dari yang tersayang
kedua peluang untuk merasainya itu



ok time ni breakfast.. cruise masih belum gerak untuk pulang ke penang..
menu untuk breakfast pun heaven! variety of food.. segala macam pun ada.. orang melayu kampung macam kami ni tak sah kalau tak jumpa nasi.. heee


dan aktiviti seterusnya adalah posing dan explore again sementara cruise sampai ke jetty! malam tadi explore bahagian dalaman.. siang explore bahagian luaran pulak ye.. ingat! setiap langkah punya keindahan! 
 
ok time ni nak sampai jetty.. dah nampak persisiran negeri penang! yeay!!!
kami dijangka tiba jam 10.45 pagi tetapi delay sampai nak dekat jam 12pm.. macam flight jugak.. tapi takpe.. best jugak!

cuma sedikit kepenatan sebab aktiviti yang sangat padat! tapi walau apa pun, pengalaman yang dimiliki mempunyai 1001 keindahan yang bakal terpahat di hati dan di memori hingga akhir hayat!

sebenarnya bukanlah nilai harga sebagai pengukur keindahan dan kenikmatan serta kesyukuran tetapi nilai kasih sayang Allah yang membuka ruang dan peluang untuk kami merasai nikmatNya serta nilai kesungguhan yang ditunjukkan en somi untuk menyemarakkan lagi rasa kecintaan kami!

ya rasa ini cukup membuatkan azie akan lebih bersemangat untuk terus perjuangkan segalanya serta berpimpin tangan dengan en somi mencipta pelbagai keindahan dan kenikmatan..

Tiada manusia sempurna, tetapi kecukupan, saling melengkapi, menerima dan memberi itu membuatkan manusia tidak berasa kekurangan dan sentiasa bersyukur.. nikmat Allah itu maha luas! ♡

ramai yang bertanya tentang pakej, harga, bagaimana, macam mana untuk cruise ni.. ini adalah hadiah dan suprise dari en somi, maka azie memang tak tahu tentang pakej yang en somi amik sebab katanya dah 'nama pun hadiah, mana boleh bagitahu' tapi azie ada tahu info-infonya.. 

harga dan pakej bergantung pada travel agensi yang tawarkan.. ada banyak travel agensi yang menyediakan pakej ini.. cuma anda perlu compare harga.. harga mengikut pakej.. jenis cabin pun mempengaruhi harga ya.. seingat azie dalam groupon pun ada.. pakej untuk ke phuket krabi pun ada.. lain-lain pakej semua ada..

jika ada kesempatan masa, ruang dan peluang, rasailah nikmat keindahan atas tu.. percayalah! anda akan rasa nikmat keindahan tu sampai bila-bila! tiada hiburan berlebihan di atas tu, semuanya pilihan di tangan kita! tiada apa yang boleh menjauhkan kita dari maha pencipta melainkan di hati kita sendiri!

untuk lebih banyakkkk koleksi gambar boleh lihat di sini



suprise birthday present for him : realflying aircraft and simulator
http://azziesamad.blogspot.com/2015/02/realflying-aircraft-and-real-simulator.html




NOTA TANGAN : cuba teka berapa banyak perkataan indah dan nikmat dalam entry ni? heee





No comments:

Post a Comment