Jemputan ceramah untuk SUK Terengganu



Alhamdulillah baru baru ini azie diberi kepercayaan oleh sifu dan otai dalam bidang perunding imej ini, Cutecarry sdn bhd untuk mengendalikan program yang berlangsung selama 3 hari di TH Hotel & Convention Centre, Terengganu

Program PEMBANGUNAN IMEJ DAN KETRAMPILAN ini adalah untuk SUK Terengganu. Peserta yang kebanyakkan terdiri daripada PA dan pembantu tadbir seluruh agensi kerajaan Terengganu ini kesemuanya wanita.

seronok dan teruja dengan program ini kerana kesemua peserta cakap loghat Terengganu. ^_^ Sepanjang program berlangsung selama 3 hari ini seakan telah rapat dengan mereka kerana orang ganu cantik cantik juga peramah dan baik hati.. serta makanan semua menarik dan sedap! 3 hari azie breakfast nasi dagang pure ganu di hotel.. best!

perkongsian ilmu juga lebih mudah disampaikan kerana konsep dari wanita ke wanita telah dilakukan dengan jayanya! buktinya ramai peserta yang keep n touch dengan azie selepas program untuk bertanya khabar serta tips tips tentang imej dan ketrampilan diri. 

yang penting apa yang disampaikan serta dikongsikan itu dapat memberi manfaat buat semua.. aamiin


 
 
 
 
 
 
 









NOTA TANGAN : berimpian untuk ke ganu lagi.. bercuti ke sana pun best!











No comments:

Post a Comment